Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) ini menggambarkan agenda untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih kompetitif dan cekap melalui asas STI yang kukuh. Dasar ini dirumus berdasarkan pencapaian, cabaran dan iktibar yang diambil dari pelaksanaan dasar terdahulu. Ia menggariskan hala tuju pelaksanaan STI bagi mewujudkan sebuah negara maju sains untuk transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif.
Dasar ini menggariskan 6 teras, 20 strategi dan 46 inisiatif yang telah disediakan bersama Pelan Tindakan bagi memudahkan usaha-usaha pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program. Pelaksanaan dasar ini merentas pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi termasuk sektor swasta dan masyarakat umum.